Wednesday, September 28, 2011

Teknik Pengajaran Pemulihan

Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan.

1. Kaedah Fonik

  • kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya, huruf ‘m’ disebut apabila memakan sesuatu yang sedap.
  • selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang sempurna.

2. Kaedah Suku Kata

  • kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ = kayu
  • Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KVKV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KVKVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KVKVKVKV), penggunaan diftong (VV) dan konsonan berganding (KK).

3. Kaedah Cantuman

  • kaedah ini adalah berdasarkan suku kata bagi perkataan bermakna. Perkataan itu akan dicantumkan menjadi ayat yang lengkap.
  • contohnya :

1. cin+cin = cincin

2. i+bu = ibu

3. be+li = beli

Ayat lengkap = ibu beli cincin

Sebaik-baiknya, pengajaran dijalankan secara individu atau pun kumpulan kecil. Guru boleh memperkenalkan huruf vokal dan konsonan tetapi tidaklah mengikut urutan kerana itu akan membosankan murid.

Contohnya, guru menunjuk jari ke arah meja, kemudian mempamerkan kad perkataan ‘meja’. Selepas itu, guru boleh pula menayangkan pula kad huruf ‘m’, ‘e’, ‘j’ dan ‘a’.

Seterusnya letakkan buku di atas meja. Guru sebut ‘buku di atas meja’. Guru pamerkan kad perkataan ‘buku’ dan minta murid menyebut seta mengeja.

Kemudian, adakan permainan untuk murid-murid berdasarkan kad perkataan itu tadi.

Sekian,

Tuesday, September 27, 2011

Pengenalan



Alhamdulillah....bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat izinNya blog saya bertajuk 'MENGENAL HURUF KECIL A-Z' telah sedia untuk dilihat. Walaupun blog ini masih tidak lengkap dan dalam proses pembinaan, saya bersyukur kerana wujud jua blog saya yang tak seberapa ini.
Terima kasih kepada suami tercinta ASAR ZAIM BIN ISHAK kerana telah banyak membantu saya menyiapkan blog ini. Bagi saya blog ini bukannya sekadar blog tugasan semata-mata, tetapi ia adalah sebuah blog yang penuh dengan kasih sayang, bimbingan serta tunjuk ajar seorang suami kepada isterinya. Blog ini telah berjaya saya update dan pertontonkan kepada umum tepat pukul 3.30pagi bersama-sama dengan suami tercinta tika anak-anak sedang tidur lena dibuai mimpi. Harapan saya dengan terciptanya blog ini, ia akan memberikan banyak manfaat kepada sesiapa sahaja.

Ucapan ini saya tujukan khas untuk suami saya yang tercinta.
''Abang, Ain sayang abang hingga akhir nyawa. Semoga ikatan kita yang terbina ini kekal selama-lamanya."

mARI bELAJAR abc

TeKa-TeKi ImAM GhAzaLi

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Jawapan:
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)

Kemudian Imam Ghazali bertanya lagi,
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Jawapan:
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Soalan Ketiga:
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Jawapan:
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Soalan Ke-4:
Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "

Jawapan:
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak
manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Soalan seterusnya:
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Jawapan:
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam bertanya lagi:
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Jawapan:
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "