Saturday, November 12, 2011

CONTOH BAHAN P&P TAHAP 1


View more presentations from cikgu paklong

MAKROPENGAJARAN KPD 3026





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN:

KELAS

Pemulihan Tahun 1

HARI

Rabu

TARIKH

12 Oktober 2011

MASA

8.30Pg – 9.00 Pg

SUBJEK

Bahasa Melayu Pemulihan

TAJUK

Perkataan Diftong dan Vokal Berganding

KBBK

Melihat, mengecam, mengenal, mengeja, menyebut dan mengingat.

BBB

Carta permainan, senikata lagu dan lembaran menulis berpandu

PENGGABUNGJALINAN

Muzik, Pendidikan Moral, Sains dan Matematik

PENYERAPAN NILAI

Tolong-menolong, sopan-santun, mengikut arahan dan bersungguh-sungguh.

KEMAHIRAN

Perkataan Yang Melibatkan Diftong dan Vokal Berganding ‘ kerbau, kaloi, tupai’.

OBJEKTIF

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh ;

a) Mengeja dan membunyikan terus perkataan ‘kerbau, kaloi, tupai’ dengan betul.

b) Menulis tiga perkataan berpandukan gambar dengan betul.


ISI KANDUNGAN

AKTIVITI

IMPAK/CATATAN

29.1 Perkataan Yang Melibatkan Diftong dan Vokal Berganding

1. Guru membuat beberapa aksi dan meminta murid memberi respon apa yang berlaku:

Aksi 1 : Kesakitan akibat

terpijak paku.

Aksi 2 : Memanggil rakan dengan perkataan yang kurang sopan.

Aksi 3 : Bertegur sapa dengan rakan.

Penekanan penggunaan sukukata diftong ‘au‘ ‘oi’ dan ‘ai’

Nilai :

-Bersopan-santun -Tolong-menolong

2. Murid bermain permainan ‘Lompat Sayangku Lompat’.

Arahan :

-Murid dikehendaki melompat ketinting setiap petak pada carta permainan .

-Murid perlu melihat, mengecam, mengenal, mengeja dan membunyikan terus perkataan yang dipaparkan pada carta permainan sacara individu.

BBB :

Carta Permainan (suku kata ditulis dengan warna yang berbeza)

Contoh :

- kerbau

- kaloi

- tupai

Nilai :

-mengikut arahan -bersungguh-sungguh

3. Murid mengisi huruf yang tertinggal berpandukan gambar di dalam lembaran kerja yang diberikan denganbimbing a n guru.

BBB :

Lembaran kerja

Image DetailContoh :

k e r ­_ _ _

http://ts3.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=1231011841026&id=465cf4129e90dd4b691001ef2f1ec7f4

k a _ _ _

t u _ _ _

4. Murid menyanyikan lagu ‘Bunyi Huruf’ dengan bimbingan guru.

Senikata Lagu :

Bunyi Huruf

a u, a u, au bunyinya.

a i, a i, ai bunyinya.

o i, o i, oi bunyinya.

au, ai, oi, itu bunyinya.

Nilai :

-bersungguh-sungguh

- bersopan-santun

BBB :

Senikata lagu





REFLEKSI PENGAJARAN

Makropengajaran ini telah dijalankan pada murid tahun 1 kelas pemulihan khas di Sekolah Datuk Kelana. Sebelum menjalankan makropengajaran, saya terlebih dahulu telah membuat rancangan pengajaran harian dan membuat beberapa tinjauan untuk memilih kaedah yang terbaik untuk mengajar tajuk ini iaitu, perkataan diftong dan vokal berganding. Lazimnya tajuk ini sering menjadi masalah besar kepada guru pemulihan khas untuk mengajar kerana murid sukar untuk membatangkan perkataan yang mempunyai suku kata diftong dan vokal berganding. Saya memilih tajuk ini kerana ia adalah sambungan daripada tajuk mikropengajaran yang telah saya lakukan. Saya mengharapkan objektif pengajaran saya tercapai kerana murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai tajuk ini.

Saya mensasarkan pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh mengeja dan membunyikan 3 patah perkataan diftong dengan betul iaitu kerbau, kaloi dan tupai. Disebabkan masa pengajaran terhad selama 30 minit dan murid saya juga kebanyakannya mempunyai masalah ingatan jangka pendek, maka saya hanya menetapkan 3 patah perkataan sahaja dan disusuli dengan latih tubi mengeja menggunakan kaedah bermain.

Pada awalnya saya menjangkakan murid-murid saya pasti bermasalah untuk melakukan aktiviti ini, namun jangkaan saya meleset sama sekali. Berdasarkan aktiviti ‘Lompat Sayangku Lompat’ dan latihan bertulis, saya dapati mereka dapat mengeja dan membunyikan 3 perkataan diftong dengan jelas, betul dan cepat. Objektif pengajaran saya tercapai dengan jayanya. Oleh yang demikian, secara spontan saya telah mengubah sedikit rancangan pengajaran saya dengan melakukan aktviti pengukuhan dan pengayaan. Saya mendapat idea cara untuk melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan apabila terfikirkan tema pengajaran iaitu permainan tradisional. Saya mengaplikasikan cara bermain lompat ketinting dalam pengajaran saya iaitu dengan membaling dadu dan melompat pada petak yang tertera nombor pada dadu tersebut.

Murid saya melibatkan diri secara produktif dan aktif dalam setiap aktiviti yang telah saya rancang. Mereka kelihatan seronok, gembira dan bersaing di antara satu sama lain untuk melakukan lompatan dan seterusnya mengeja dengan betul. Walaubagaimanapun, saya merasakan sekiranya pengajaran saya ini divariasikan lagi dengan alatan atau sumber-sumber sokongan lain seperti tayangan video, slaid PowerPoint, objek maujud, serta muzik, makropengajaran saya pasti lebih menarik lagi.

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Jika saya diberi kesempatan untuk mengajar tajuk pelajaran ini sekali lagi pada murid-murid ini, saya pasti akan merancang dan menyediakan lebih banyak aktiviti tambahan. Saya akan cuba mempelbagaikan kemahiran mengajar seperti kaedah memulakan pengajaran termasuk mencungkil idea, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan, mengendali kerja amali,dan menutup pengajaran sesuai dengan murid saya yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Kesimpulannya, kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang murid. Jika murid merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan, maka ini akan secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik murid. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid pemulihan khas, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara teliti supaya murid-murid dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.

Saturday, October 15, 2011

Carta Suku Kata

Membaca Suku Kata

BUNYI BAHASA

Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti berikut:

Bibir

Gigi

Gusi Lelangit keras

Lelangit lembut

Anak tekak

Lidah

Rongga tekak

Rongga mulut

Rongga hidung

Paru-paru

Peti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.

Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong.

Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.

Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.

Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.

Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.

Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.

Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.

Lambang fonetik

Contoh perkataan

Nota

[a]

anak, tanah, lada

[è]

ela, semak, sate

[i]

iring, kita, seri

[]

emak, betul

Tidak terdapat di hujung perkataan

[o]

obor, botak, moto

[u]

ular, sultan, saku

Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

Fonem

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.

Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.

Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.

Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.

Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.

Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.

Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.

Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.

Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.

Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kata

Contoh

KV

yu

VK

am

KKVK

draf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata

Contoh

V + KV

ibu, ela, era

V + VK

air, aib

V + KVK

adat, emas

VK + KV

anda, unta, angsa

VK + KVK

antah, untuk, ingkar,

KV + KVK

bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata

Suku Kata

Contoh

KV+V+KV

biasa, cuaca, suara

KV + V +KV

kaedah

V + KV + V

abai, usia

KV+KV+VK

maruah, peluang

KV+KVK+KVK

kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata

Suku Kata

Contoh

KV+KV+KV+KV

panorama

KV+KV+KV+KVK

masyarakakat

KVK+KV+V+KV

sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:

universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)