Wednesday, September 28, 2011

Teknik Pengajaran Pemulihan

Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan.

1. Kaedah Fonik

  • kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya, huruf ‘m’ disebut apabila memakan sesuatu yang sedap.
  • selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang sempurna.

2. Kaedah Suku Kata

  • kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ = kayu
  • Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KVKV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KVKVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KVKVKVKV), penggunaan diftong (VV) dan konsonan berganding (KK).

3. Kaedah Cantuman

  • kaedah ini adalah berdasarkan suku kata bagi perkataan bermakna. Perkataan itu akan dicantumkan menjadi ayat yang lengkap.
  • contohnya :

1. cin+cin = cincin

2. i+bu = ibu

3. be+li = beli

Ayat lengkap = ibu beli cincin

Sebaik-baiknya, pengajaran dijalankan secara individu atau pun kumpulan kecil. Guru boleh memperkenalkan huruf vokal dan konsonan tetapi tidaklah mengikut urutan kerana itu akan membosankan murid.

Contohnya, guru menunjuk jari ke arah meja, kemudian mempamerkan kad perkataan ‘meja’. Selepas itu, guru boleh pula menayangkan pula kad huruf ‘m’, ‘e’, ‘j’ dan ‘a’.

Seterusnya letakkan buku di atas meja. Guru sebut ‘buku di atas meja’. Guru pamerkan kad perkataan ‘buku’ dan minta murid menyebut seta mengeja.

Kemudian, adakan permainan untuk murid-murid berdasarkan kad perkataan itu tadi.

Sekian,

No comments:

Post a Comment